Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Paris 3, Kinabatangan
Kod Sekolah : XBA2241
Alamat Sekolah : WDT 218
Poskod : 90200
Bandar : Kinabatangan
Negeri : Sabah
Lokasi : Luar Bandar
No. Telefon : 089-575209
Sesi : Pagi dan Petang
Gred : Gred A
Jenis : Jenis Kebangsaan
Peringkat Sekolah : Pra-Sekolah dan Rendah
PPD : PPD Kinabatangan
PPG : -
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIS 3.
W.D.T 218,
90200 KOTA KINABATANGAN, SABAH.
NO. TEL: 089-575209
FAX : 089-575208
Sekolah Kebangsaan (SK) Paris 3 terletak di lokasi yang agak cantik iaitu di atas bukit iaitu 120 km dari bandar Sandakan dan 47 km dari bandar Lahad Datu. Nama SK Paris 3 diambil bersempena dengan nama Kampung Paris 3 sendiri. Ia didirikan berikutan SK Paris 1 dan SK Sandau tidak dapat menampung jumlah murid di sekitar Kampung Paris 3 yang ingin mengikuti pelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, penubuhan SK Paris 3 mampu mengatasi masalah penempatan sekolah anak-anak peneroka yang tinggal sekitar kawasan Kampung Paris 3. Kos pembinaan sekolah ditanggung oleh sebahagian besar penduduk Kampung Paris 3 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM 500,000.00.
SK
Paris 3 telah dibuka secara rasmi pada 5 Januari 1998 dan telah
dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Ogos 1999 selaku
Menteri Pendidikan ketika itu. Bangunan sekolah yang digunakan pada
waktu itu hanya 7 buah bilik darjah dengan jumlah murid seramai 319
orang dan 7 orang guru. Kebanyakan murid SK Paris 3 terdiri daripada
anak peneroka dan pekerja di ladang kelapa sawit yang berhampiran.
Sekolah
Kebangsaan (SK) Paris 3 telah ditubuhkan pada tahun 1998. Penubuhan SK
Paris 3 adalah idea yang dicetuskan oleh Tuan Haji Tukang bin
Parendrang selaku ketua kaum Bugis dengan kerjasama Pegawai Pendidikan
Daerah, En. Mohd. Zain Jahari dengan sokongan Pegawai Pelajaran
Sandakan Yang Berbahagia Dato Dr. Hj. Yassin Hj. Amit.
Projek
kilat tersebut telah dibina secara gotong-royong yang terdiri daripada
para ibu bapa sekitar Kampung Paris 3. Projek tersebut diketuai
sendiri oleh Tuan Haji Tukang bin Parendrang. Bangunan sekolah tersebut
dibina pada tapak seluas 30 ekar milik Tuan Haji Tukang yang telah
diwakafkan bagi tujuan pembinaan sekolah.
Pada
peringkat awal sekolah dibuka, sebahagian besar peralatan sekolah
adalah hasil sumbangan daripada para ibu bapa dan guru.
Walaubagaimanapun, situasi itu tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik-bilik darjah mahupun sebarang aktiviti yang
diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Di
kawasan yang sama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paris telah dibina
pada tahun 1999 iaitu bersebelahan SK Paris 3, memandangkan pada waktu
tersebut SMK Paris masih belum ada tapak untuk mendirikan bangunan
kekal. Tapak SMK Paris kini adalah untuk tujuan sementara sehingga tapak
kekal didirikan samada di Kampung Paris 1 atau Kampung Paris 2.
Antara
guru yang masih berkhidmat di sekolah ini semenjak ditubuhkan ialah
En. Ag. Jaafar Hj. Jamil dan Cik Jumadiah Wanna. Mereka berdua
merupakan pengasas dan guru yang lebih arif perihal pengurusan dan
pentadbiran SK Paris 3.Sejak awal penubuhannya sehingga kini,
pendidikan di SK Paris 3 mengalami perkembangan yang amat baik. Hasil
usaha gigih warga pendidik SK Paris 3, ramai murid yang mencapai
kecemerlangan dalam UPSR. Sebagai contoh, peratus kelulusan UPSR yang
pertama dicapai oleh sekolah adalah 85.7% dengan 7 calon lulus daripada
8 calon yang menduduki peperiksaan tersebut. Kebanyakan daripada murid
SK Paris 3 berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di Sekolah
Menengah Sains (SMS) Lahad Datu.Pada tahun 2003, SK Paris 3 telah
dinaik taraf dari gred B ke gred A.Penolong Kanan hakiki gred DGA 32
telah diisi manakala jawatan Guru Besar gred DGA 34 mula diwujudkan
pada tahun 2004.
Seramai
9 orang guru siswazah dari pelbagai jurusan turut ditempatkan di SK
Paris 3 untuk mengatasi masalah kekurangan guru yang dialami oleh pihak
sekolah. Mereka terdiri daripada siswazah dari kursus LPBS (GDL). Pada
awal tahun 2005 pula, seramai 3 orang guru J-QAF dihantar berkhidmat
ke SK Paris 3 dan merupakan perintis program J-QAF di daerah
Kinabatangan.Bagi tahun 2007, seramai 4 orang guru yang mengikuti
pengajian PJJ telah Berjaya menamatkan kursus. Mereka ialah
En. Faizal Abdullah,Pn. Robiah Hj. Lapo, En. Andy David dan Cik Jumadiah
Wanna.
Sejak
tahun 1998 hingga 2008, seramai 2 orang Guru Besar yang telah
mentadbir SK Paris 3 iaitu En. Ag. Jaafar Hj. Jamil (5 Januari 1998 –
22 Mac 1999) dan En. Ag. Abu Bakar Hj. Ag. Tengah (23 Mac 1999 - 2010).
Pada
bulan ogos 2010, Sk Paris 3 telah menerima seramai 7 orang guru baru
yang terdiri daripada guru-guru keluaran Institut Pendidikan Guru Gred
DG41 dari pelbagai opsyen. Kemasukan guru baru ini telah sedikit
sebanyak membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sk Paris 3.
Sementara itu, berikutan persaraan En. Ag. Abu Bakar Hj. Ag. Tengah
sebagai guru besar Sk Paris 3 pada tahun 2010, En.Norazam Bin Ahmad
telah mengambil alih tugas sebagai guru besar yang ketiga di Sk Paris 3.
En. Norazam Bin Ahmad
(PROFIL PERIBADI)
A. BUTIR-BUTIR DIRI
1. Nama : NORAZAM BIN AHMAD
2. No. Kad Pengenalan Lama/Baru : 660512-02-5361
3. Tarikh Lahir : 12.05.1966
4. Tempat Lahir : KULIM, KEDAH
5. Taraf perkahwinan : KAHWIN
6. Kelulusan Akademik dan : BARCELOR SAINS (KEP), BIOLOGI,
Iktisas, Bidang Pengkhususan, KIMIA/UPM
Institusi dan Tahun Diperolehi SIJILPENGURUAN MALAYSIA,
PM(PSR) / MPPPP
7. Tempat Berkhidmat Sekarang : SK PARIS 3 KINABATANGAN
8. Jawatan / Gred : DG41
B. RINGKASAN PERKHIDMATAN/PENGALAMAN
1. Tarikh Lantikan Pertama
Dalam Perkhidmatan Kerajaan : 01.03.1989
2. Tarikh Lantikan Ke Perkhidmatan
Sekarang : 02.10.2009
3. Tarikh Disahkan Dalam Jawatan : 01.03.1990
4. Gred Hakiki Sekarang : DG41
5. Tarikh Naik Pangkat Ke Gred Hakiki
Sekarang : 02.10.2009
6. Sejarah Perkhidmatan :
BIL.
|
JAWATAN
|
TEMPAT
|
TEMPOH
|
1
|
GURU
|
SMK TERUSAN SUGUT
|
1989-1992
|
2
|
GURU
|
SMK AGAMA SANDAKAN
|
1992-1995
|
3
|
GURU
|
SMK ST. CECILIA SANDAKAN
|
1995-2003
|
4
|
GURU BESAR
|
SK TIDUNG TABIN KINABATANGAN
|
2003-2010
|
5
|
GURU BESAR
|
SK PARIS 3 KINABATANGAN
|
2010- SEKARANG
|
C. KURSUS/SEMINAR YANG PERNAH DIHADIRI, TEMPAT DAN TARIKH
ATAU TEMPOH KURSUS/SEMINAR
BIL.
|
NAMA KURSUS/SEMINAR
|
PENGANJUR/TEMPAT
|
TARIKH
|
1
|
Kursus Pelan Tindakan
|
IAB / KOTA KINABALU
|
2009
|
2
|
Kursus Pelan Tindakan
|
IAB / MIRI SARAWAK
|
2010
|
D. PELAN PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN LATIHAN
BIL.
|
LATIHAN YANG DIPERLUKAN
|
CATATAN
|
1
|
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran
| |
2
|
Kursus Pengurusan Kewangan
| |
3
|
Kursus Pengurusan Strategik
|
No comments:
Post a Comment