PUSAT AKSES SK PARIS 3
Apakah
itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat
Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih
menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang
disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self
learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan
memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah
kendiri dan akses kendiri.
Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
Matlamat
Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Apakah
objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif
Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan
lebih berkesan
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah
Pusat Akses Sekolah beroperasi?
Pusat
Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga
digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada
pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan
boleh memantau penggunaan.
Apakah
aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
Murid
boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
1.
Mencari maklumat daripada Internet
untuk pengajaran dan pembelajaran
2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan
(e-Learning)
3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
4. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
5. Berkolaborasi dengan murid lain.

Siapa
boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan
menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah
lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan
kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet
Apakah
peralatan yang akan dibekalkan?
Setiap
sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan
di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut
dirangkaikan dengan rangkaian setempat.
Bilakah
Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?
Penubuhan
Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.
Apakah
agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
Agihan
penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30
peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih
merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.
Apakah
kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan
sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
- 1. Ada ruang/bilik yang sesuai
- 2. Ada bekalan elektrik 24 jam
- 3. Ada akses kepada Internet
- 4. Ada Makmal Pengkomputeran
- 5. Kemahiran ICT warga sekolah
- 6. Komitmen pihak pentadbir sekolah
Apakah
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses
Sekolah?
Terdapat
tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah
pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.
Bahan tersebut ialah:
1. Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista,
dan sebagainya
2. Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart
Learning, dan sebagainya
3. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian
kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.

No comments:
Post a Comment